Monday, November 8, 2010
Moist Chocolate Cake by Zaiima
Jumaat cuti Deepavali. Adik aku datang suruh buatkan kek coklat yang lembab. Aku pun buatlah kek nie. Nie kali ke 3 aku buat. Memang lembut n lembab. Nak membuatnya pun senang n cepat. Memang sedaplah n korang cuba laaa...
Terima kasih pada cik Zaiima kerana sudi berkongsi resipi. Moga Yang Maha Esa meluaskan lagi pintu rezeki dan memberkati keikhlasan tuan punyer resipi nie untuk berkongsi dengan kita semua. Amin.
Kek Coklat Kukus
by Zaiima
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung, soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup penutup kukus dengan kain atau acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan .
Kek disalut dengan whipping cream.
Pastu letak coklat cair. Tengok tuuu... coklatnyer tercair. Dah meleleh hingga ke meja.
Mak tolong touch-upkan kek nie.
Kak Uyeen memang suka sangat kek coklat. Bangun pagi pun kalo boleh nak sarapan kek coklat.
Nie anak saudara aku, Eapol. Dia pun suka kek coklat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment