Thursday, October 28, 2010

Tafsir Surah Yasin



Fikiranku berkecamuk petang semlm. Drive keta pun rasa mcm tak drive. Tak tahu nak buat keputusan sama ada nak gie Kelas Ngaji or Kelas Tafsir Al-Quran. Dua2nya lepas solat Isyak. Adoiiii... bengong kejap sebb kedua2 kelas nie memang aku suka. Kalo tak pergi rasa rugi yang amat sangat. Macam org bercinta, kalo tak jumpa kekasihnya, hati jadi tak tentu arah. Begitu jugak dgn aku. Kasihku terhadap masjid dan surau begitu mendalam. Sehari tak datang, rasa rindu nie sukar digambarkan. Kalo tak pergipun (waktu period), dpt pandang pun dah cukup membahagiakan aku.

Alhamdulillah, dlm p'jlnan balik ke rumah, Allah gerakkan hati aku tuk call guru mengajiku. So aku call. Tanya sama ada lepas Isyak dia ada ke tdk. Alhamdulillah kelas di buat lepas solat Maghrib kerana guruku ada hal lepas Isyak. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah m'p'mudahkan urusanku pada hari semalam. Terima kasih Ya Allah.

Buat pertama kalinya Surau Jauharul Muttaqin mengadakan kelas tafsir Al-Quran malam tadi selepas solat Isyak. Kelas ini diajar oleh Ustaz Alim Shah.

Kelas bermula dengan memberi penerangan tentang Surah Yasin. Di mana ramai di kalangan kita membaca Surah Yasin tapi tak tau apa itu YASIN. Termasuklah diri aku sendiri. Hahahaaaa...

Bak kata ustaz... kematian baca Yasin, birthday baca Yasin, lulus peksa baca Yasin, nak peksa baca Yasin, gembira baca yasin... eeehhhh... sumernyer lah Yasin. Tapi tak tau apa itu Yasin. Amik ko, terkena atas batang idung sendiri. Semua jemaah ketawa. Hahahahaaa....

Semalam ustaz terangkan dari ayat 1 hingga ayat 9. Antara penerangan adalah seperti berikut;

1. Wahai Insan or Wahai Muhammad (Nabi SAW)... Merupakn salah satu nama Nabi SAW yang terdapat di dalam Al-Quran.

2. Demi Al-Quran yang penuh hikmat. Janji Allah Taala tentang kebenaran Al-Quran. Boleh digunakan pada masa kini n akan datang. Beri petunjuk pada kita semua.

3 & 4. Sesungguhnya engkau (Nabi SAW) salah seorg drpd para Rasul di atas jalan yg lurus. Di mana Nabi SAW, penceramah2, pembawa2 kebaikan ini adalah membawa ajaran yang benar.

5. Yang diturunkan oleh Yang Maha Penyayang. Iaitu Allah SWT menurunkan kepada kita semua untuk memberi panduan hidup.

6. Agar kamu m'beri p'ingatn kpd kaum yg bapa2 blm pernah diberi p'ingatan, kerana itu mereka lalai. Dimana mereka2 yg terdahulu tidak tau akan hukum2 ini. Memang betul. Sebg contoh, kalo kita lihat org2 dulu, mereka tidak menutup aurat. Tapi sekrg dah tutup sebb dh tau hukum. Tapi sekrg, masih lg ramai yang kat luar tu tahu hukum tapi tak laksanakan.

7. Ketentuan yang Allah berikan kepada mereka yang tidak beriman. Di mana mereka tahu hukum tapi masih mengabaikan.

8 & 9. Terdapat 2 hukuman bagi mereka2 yang tidak beriman. 1) Leher mrk dibelenggu/ diikat dgn rantai api neraka, tangan mereka diangkat ke dagu dan m'jadikan mereka terdongak dan ditolak ke dalam api neraka. Bayangkan kalo kita dibuat seperti ini. Memang tak akan nmpak aper yg berlaku dihadapan kita. Kalo kita diberikan kunci rumah dan disuruh blk rumah. Dah tentu jalan pun tak tentu arah. 2) Allah menutup pintu hati mereka sehingga mereka tidak mendapat hidayah.

Ya Allah, Jauhkanlah aku serta ahli keluarga aku drpd perkara2 yang dilarang olehMu. Sesungguhnya kami semua tidak sanggup untuk menghadapi seksaan nerakaMu. Amin.. Amin.. Ya rabbalalamin.

Wednesday, October 27, 2010

RiNdU...

Rindu pada yang halal...
Hati ini walaupun penat merindui dan "kemetot" dilanyak kesedihan, akan berbalai apabila bertemu disyurga.
Amin...

Tuesday, October 26, 2010

@ I-City, Shah Alam

Jarang aku dapat bergambar berdua ngan suami. Maklumlaaa... bila berjalan ngan anak2, kami sibuk memerhatikan mereka. Mereka pun masih kecil n tak pandai ambil gambar dengan baik. Gambar nie diambil oleh kak Alia. Okeylaaa hasilnyer. Ada gak gambar kenangan aku n suami.


Gambar nie pun kak Alia yang snap.

Anak2 semua dah penat. Semua minta didukung...

Mendengar Bacaan Al-Quran VS Lagu

Mendengar bacaan Al-Quran, memberikn ketenangan yang sukar utk digambarkan. Hanya mereka2 yg terpilih sahaja yang dapat menikmatinya. Itulah yang aku rasakan sekarang ini.

Mendengar lagu hanya rasa seronok yang bersifat sementara ajerrr... Bila lagu itu dimatikan... mcm takde apa2. Itu pada pendapat aku laaa...

Teringat aku pada salah satu kuliah yang dihadiri mengenai kematian. Kalo tk salah aku, Ustaz Rifqi yang bagi kuliah nie di Surau Jauharul Muttaqin. Mati itu pasti, dan setiap orang pasti akan merasainya. Bersedialah sebelum kita mati....

Mereka yang selalu membaca Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran dan berzikir, apabila mereka mati, Al-Quran inilah nanti menjadi peneman kita di dlm kubur. Al-Quran inilah yang memberi syafaat kepada kita apabila kita berada di dlm kesusahan di alam akhirat nanti.

Kubur itu sempit, kubur itu gelap, kubur itu panas dan di dlm kubur kita bertemankn ulat2 dan serangga yg sewaktu dgnnyerrr... Al_Quran inilah penyelamat kita. Al-Quran temankan kita, dia berikn cahaya, keluasan dan nikmat di dlm kubur. Rebutlah peluang ini seblm menyesal dikemudian hari...

Apabila kita m'dengar lagu sambil m'hentak2kan kaki, tangan, kepala... bumi ini berasa geram dgn kita. Bumi memberitahu... "Jagalah engkau bila engkau msk kubur nanti. Akan aku himpit sehimpitnya". Ini kerana kita tdk m'hormati bumi Allah. Apabila di neraka nanti, diibaratkan mereka2 ini akan turut terlompat2 di api neraka kerana kepanasan sepertimana mereka berasa seronok apabila m'dengar lagu.

SubhanaAllah.... jauhkan diriku serta ahli keluargaku drpd azab kubur dan api nerakaMu. Aminnn.

Wednesday, October 20, 2010

Lunch time...


Pada kebiasaan lunch hour, aku akan pasang earphone n dengar bacaan Al-Quran dari internet. Itulah kelebihan internet di mana aku dapat menyemak bacaan aku sama ada betul ataupun tidak. Nie lah address yg biasa aku gie... http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx#

Tadi aku lunch ngan hubie. Gie mkn kt Restoran Zainal, Tmn Tebrau. Memg feberet hubie kt situ. Nasi campur ngan lauk2 yg menyelerakan. Aku apa lagi, makan nasi, asam pedas ikan kembung, sayur buncis ngan tauhu sumbat. Adoiiii memang menyelerakan.

Sampai ofis kul 1.05pm. Badan pun cam berat ajerrr. Check lah incoming email. Pastu dengar bacaan Al-Quran. Sambil dengar tu, ikut2 gak lah membaca. Tetiba.... mata rasa berat. Tahan punyer tahan, tertutup jugak akhirnyer. Aku pun meniarapkan separuh badan aku atas meja.

Dalam hati nie, tak leh jadi nieee... Kang boss masuk, tak ker iniaya... Disebabkan earphone masih ada kt telinga, mula lah aku teringatkn koleksi lagu2 aku kt pendrive. Aku pun carilah lagu2 yang tdk mengantukkan. Kang aku bukak nasyid, terus lena sampai ke ptg. Heheheheee...

Korang tau tak lagu aper yg aku bukak. Hahahahaaaa... Gelak dulu.
Lagu2 world cup... I Will Survive, Let's Get Laoud, Copa de la vida, The Cup Of Life n byk lagik laaaa... Memg sgt b'kesan menghilangkn ngantuk. Kaki, tangan, badan, kepala sumer bergoyang. Hingga tak jadilah nk mengantuk. Heheheheeee... Korang cuba lah.

Bila mata tak mengantuk, aper lagik... berblogging lah aku. Hahahaaaa...

*Next topic mengenai mendengar bacaan Al-Quran dan lagu. Akan diceritakan oleh aku kejap lagikkk... tungguuuu.

Tuesday, October 19, 2010

Kelas Ngaji

Hari pertama masuk kelas nie iaitu semlm lepas solat Isyak kat Masjid Al-Jawahir. Gurunyer ialah Imam Rusdi aka adik imam. Dihadiri oleh 6 lelaki n 2 pompuan. Seperti biasa aku dok belakg sekali. Dulu2 masa kt sekolah pun memg suka dok belakang. Dah tua pun cam tu gakkk... hehehe.. Ish3x, dh tua ker aku nie???. Tapi hati tetap muda sentiasa... Hahahaaa... Masuk bakul angkat sendiri.

Kelas tu kena ngaji sorang2. Kali nie aku leh control diri aku. Perasaan gemuruh tu hanya 30% ajerrr. Syukur alhamdulillah, aku leh baca dengan baik. Lepas sorg2 baca, barulah Ustaz ajar tajwid bab "wakaf" (tempat berhenti bacaan).

Maaf lah kat sini susah ckit nk citer bab "wakaf" nie. Maklumlah bahasa arab kena tulis pakai tulisan jawi baru paham. Kalo korang nak tau jugak, pergi lah ke mana2 book store n cari buku tajwid. InsyaAllah jumpa punyerrr....

Monday, October 18, 2010

FM Brunei Darussalam


Selama seminggu amik cuti tuk m'explore Sabah negeri di bawah bayu. Alang2 ke Sabah, terus ke Brunei. Tu lah kawan aku, Kak Badar. Memang kaki jalan. Pantang ader tiket AA yg murah, terus ajer disambarnyerrr. Alhamdulillah dh selamat balik. Nie lah oleh2 dari nyerr iaitu FM Brunei Darussalam. Thanks Kak Badar.

My birthday 16/10/2010

Ulang tahun kelahiran yang ke 33 tahun.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih m'benarkan aku b'nafas di bumi ini. Dpt melakukan ibadah dlm keadaan yg sihat dan menjadi seorg ibu dan isteri dgn baik dan bertanggungjwb. Moga hari2 yg akan datang, Allah tingkatkn amalanku terhadapNYA. Moga aku tidak lalai dgn keindahan dunia yang sementara ini. Hidup hanyalh sementara, yg kekal adalah alam akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhanku
Dengan namaMu Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji hanya bagiMu, Tuhan semesta alam
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat2 nya.

Hanya kepadaMu aku sembah dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan
Sempena dengan hari ulang tahun kelahiran aku ini
Aku mohan diampunkan segala dosa
Dosa2 yang dahulu, dosa2 yg akan datang
Sama ada yg diketahui dan yg tdk diketahui
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala2nya
Sesungguhnya aku tidak sanggup utk menanggung seksa kubur dan api nerakaMu.

Ya Allah,
Kuatkan keimanan serta ketaqwaanku terhdpMu
Tabahkan hatiku menghadapi dugaaMu
Tingkatkn lah amalanku
Jauhkan diriku drpd perkara2 yg melalaikan
Moga aku menjadi umat yang tidak akan meninggalkn solat 5 waktu, berpuasa dan m'baca kalamMu iaitu Al-Quran

Ya Allah,
Luaskanlah pintu rezeki buat keluargaku
Agar rezeki ini dapat aku gunakan di atas jalanMu
Panjangkan umurku dlm amalan
Berilah aku keselamatan dan kesihatan
Agar dapat mendidik anak2ku dgn baik dan sempurna
Agar dapat berbakti kepada suamiku dgn penuh tangggungjwb.
Sesungguhnya aku amat sayang kepada mereka.

Ya Allah,
Terlalu byk permohonanku ini
Terasa malu kerna kutahu diriku banyak dosa
Dan tersangat malu untuk m'bawa dosa2 ini menghadapMu
Jika ditakdirkan Engkau menjemputku awal
Aku bermohon, biarlah segala urusan di dunia ini selesai
Dan juga biarlh amalanku cukup utk menghadapMu

Ya Allah, Ya Tuhanku
Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Aku hanya mampu berdoa
Mudah2an Engkau memakbulkannya
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan sabahat2nya.

Amin, Amin, Yaa Rabbailalamin...

Kek nie ditaja oleh adik2 aku, Mina n Aisyah. Terima kasih krn m'ingati hari kelahiran akak.


Bersama anak2 yg tercinta celebrate birthday aku. Mama sayang kamu semua.

Baby Hannah dh korak kek ya????

Kak Alia

Kak Uyeen

Tgk tu Baby Hannah, suka dpt kek.

Mak ngan Baby Hannah

Kelas Tafsir Al-Quran

Hahahaaaa...
Itu lah yg b'laku lepas ajer kelas tu tamat. Kelako ader, bengang ader, sedih ader n mcm2 laaaa... Hanya tuhan ajer tahu.

Semalam lepas solat subuh, first time aku attend Kelas Tafsir Al-Quran di Masjid Al-Jawahir. Rasa seronok n tak sabar pun ader. Maklum laaa, first time, tentulah excited. Hahahahaaaa...

Masuk kelas seperti biasa. Aku dok belakang sekali. Lelaki 10 org gitew n pompuan 4 org ajerrr. Guru yg mengajar adalah Ustaz aper entah nama dia... Sabo jer la... Nama pun tk tauuu...

Mula2 baca ramai2. Ustaz baca, kita org ikut. Okey la tuuuu... Pastu Ust terang ckit2 makna n hukum tajwid. Bila dia dh abis terangkn, tetiba dia suruh baca. Sorang baca setgh page ajerrr... Masa tu aku okey lagi.

Sebb aku ada tanya Mas. Kena baca sorang2 kerr. Dia kata tak. Baca ramai2. So, okey laaa. Aku mesti agak pompuan tk perlu baca. Memandgkn suara adalah aurat pompuan. Tetiba, kak Siti dengan selambanyer pun baca. Ahhhhh... sudah. Mula lah badan aku seram sejuk. Maklum lah, aku maner pernah baca Al-Quran di khalayak ramai lebih2 lg bila ada org lelaki. Tak tentu arah jadinya badan aku nie... Hahahaaaa...

Bila sampai giliran aku.... Aku pun mula baca. 3x ulang perkataan p'tama, baru leh jalan hingga abis ayat p'tama. Ayat kedua, menggeletar suara aku. Gagap n gigil pun aderrr.... Adoiii. Pe kena ngan diri aku nie. Peluh2 sejuk mula mengalir. Nk abis kn setgh page pun aku rasakn setahun.

Org lain baca setgh page. Bila giliran aku, Aku kena baca 1 page. Adoiiii.... terus rasa nk demam diri aku nie. Nak tak nak, kena lah abiskan. Alhamdulillah, abis jugak aku baca dlm keadaan yg tk tentu arah.

Abis jer kelas, aku terus kuar. Tanpa toleh kiri n kanan, terus ajer msk kereta. Hahaha... kelako pun aderrr. Nielah pengalaman aku baca Al-Quran di dlm kelas yg t'dpt org lelaki n pompuan. Memg tk pernah b'laku. Pengalaman yg tdk dpt dilupakannnn....

Thursday, October 14, 2010

Raya lagikkk...

Gambo raya... dah lama dlm simpanan, cuma belum berkesempatan tuk di postkn di sini. Tetiba mood aku rajin pulak ari nieee...

Kalo tk silap nie raya ke 5. Along dtg sekeluarga bersama ngan ipar duai dia dan jugak adik2 aku datang beraya ke rumah aku. Dia org dtg t'hari, so kena lh masak tuk mkn t'hari. Riuh rendah rumah ngan suara bdk2. Memang seronok bila sekali sekala berkumpul.




Rajinnyer hubie aku... wat telur dadar. Semua org puji sedap. Lembut n moist gitewww telur dadarnyerrr...

Adik Nana ngan sepupunya, Kak Amira.