Tuesday, October 5, 2010

Sakitnyer Mati...

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan
keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan
di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali.
Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit
dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan
orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as
hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

Sumber : HajiArshad.blogspot

Friday, September 24, 2010

Isu Puasa Sunat Syawal & Qadha

Isu Puasa Sunat Syawal & Qadha
( Artikel ini di terbitkan oleh METRO AHAD 28 Okt 06 )
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
http://www.zaharuddin.com/

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya. Ini kerap terjadi apabila, jika dilihat dari budaya berlumba menamatkan puasa enam sambil menghebahkan kepada rakan-rakan tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'. Kita bimbang, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya adalah puasa Qadha.
Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjag tahun). Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat AL-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Adapun, isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan dipersoalkan, iaitu :-
* Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'.

Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

* Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

* Tindakan A'isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

* Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

* Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu.
Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat.
Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

* Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith " Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103). Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal); bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Taken from lenggangkangkung-my.blogspot.com

Wednesday, July 7, 2010

PadaMu KuBersujud...

Afgan - PadaMu KuBersujud


Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

~{}~

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

Wednesday, June 30, 2010

Taubat

Semalam 29/06/2010, kuliah di SJM, Mutiara Rini, selepas Isyak oleh Ustaz Rifqi. Kuliahnya bertajuk taubat.

Antara ilmu yang dapat aku kongsikn bersama ialah:
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.).

Tuesday, June 29, 2010

Isro' Mikraj Antara Iman & Kufur

Majlis Memperingati Isro' Wal Mikraj Nabi SAW

Pencerahan jemputan Al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin Al Ghori pada 27/06/2010 di Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.

Selepas Solat Magrib beliau telah mengijazahkan bacaan Hizib Nawawi kepada para jemaah dan selepas Solat Isyak, kuliah b'sama beliau. Beliau byk menekankan mengenai aqidah Ahlusunnah Waljamaah dgn isu2 semasa.

Kita amat bersyukur menjadi Umat Islam kerana sentiasa diberikan bonus oleh Allah SWT. Ada bonus yang bersifat berterusan seperti kontrak nyawa, subsidi hidup dan bantuan ihsan. Ada pula yang boleh didapati secara berkala sempena kedatangan bulan, minggu, hari dan malam tertentu. Antara bonus terbesar ialah perutusan Nabi SAW (MawlidurRasul), Nuzul al-Qur’an, Bulan Ramadhan dan Idul Fitri. Bonus-bonus khusus untuk orang -orang yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT : “Mereka itulah sebaik-baik makhluk atas muka bumi ini. Bagi mereka ganjaran syurga yang mengalir dibawahnya anak-anak sungai, mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah SWT. Hal yang demikian berlaku kerana mereka takutkan Allah SWT. “al-Bayyinah, ayat 7-8

Amalkan "Hizib Nawawi" yg telah Ustaz Zamihan ijazahkan bagi menghalang segala keburukan dan kejahatan yg akan datang pd diri kita semua terutamanya keburukan dan kejahatan yg kita nampak membahayakan dan hangat diperkatakan sekarang ini.

Sebagai seorg yg b'agama Islam, kita hendaklah menjaga aqidah kita drpd t'pesong. Lebih2 lagi sekrang ini sedang hangat diperkatakan tentang Jemaah Islmaiah dan Wahabi. Moga Allah SWT sentiasa memelihara diri serta akidah kita, keimanan n ketakwaan kita terhadapNYA. Aminnn...

Sesungguhnya fakta sejarah telah menjelaskan tentang kerakusan dan kezaliman yg ditunjukkan oleh firkah 'WAHABI' ini yang sanggup membunuh ulamak2 silam yg tidak sealiran dgn mereka, apabila mereka dapat berkuasa memerintah dan menubuhkan kerajaan mereka.....berhati2lah dgn mereka....cegah sebelum parah....takbiiiir!!!!!...Allaahuakbar!!!!....

Tahniah dan terima kasih juga kpd Ustaz Zamihan di atas terbitan buku baru beliau yg bertajuk "Sifat Solat Nabi Yang Sahih". Moga buku ini menjadi petunjuk dan panduan kpd kita semua tentang solat.


Kepada Ustaz Zamihan, semoga Allah s.w. lindungi beliau dlm memperjuangkan agama Islam. Amin Yarabbalalaminnn...

Thursday, June 24, 2010

Rich Oreo Choc Brownies

RICH OREO CHOC BROWNIES
Source : AlongRoz


INGREDIENTS:
225g Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
200g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.

2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.

3. Bake 170C for 45 min.

Donut Oh Donut...

DONUT
by NoorMasri


Bhan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:
1. Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
2. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
5. Ambil penerap bulat, terap hingga habis
6. Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
7. Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
8. Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus.

-Moga Berjaya-

Amalan & Doa Untuk Anak2

Untuk dikongsikn bersama... Khas utk anak2 yg lambat bercakap. Dilakukan oleh ibu anak itu sendiri. Mesti yakin dan berserah kpd Allah SWT. Hanya DIA yang mengetahui akan segala2nya...

Dilakukan pada hari Jumaat, ketika khutbah sedang dibaca sehingga selesai solat Jumaat (antara waktu yg baik tuk berdoa). Ambil air (sebaik2nya air zam2 atau apa2 pun blh), kemudian dibacakan;
1. Al-Fatihah (1x)
2. Selawat ke atas Nabi SAW
3. Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Ayat Kursi
5. Doa penerang hati - "Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku.”
6. Doa… lakad jaa akum, Surah At-Taubah, ayat 128 & 129 (7x)

Kemudian diambil sehelai sirih, celupkan kedlm air dan sapukan dari pangkal ke hujung mulut. Lebihan air tadi, dibuat minum.

Doakan semoga;
- Menjadi anak yang soleh
- Berjaya dunia dan akhirat
- Pandai mengaji
- Solat 5 waktu tidak tinggal
- Supaya dia mendapat;
a) Cahaya drpd Rasullah SAW
b) Kecantikan drpd Nabi Yusuf
c) Kekuatan, kecerdasan dan ketajaman otak drpd Nabi Sulaiman
d) Suara yang merdu drpd Nabi Daud



* Alhamdulillah, berkat kesabaran, keyakinan dan pertolongan Allah SWT, anakku, Hannah dah mula pandai berckp "mama" pada umur 1 thn 8 bln. Risau juga bila umur 1 thn 6 bln, satu perkataan pun tk keluar melainkn menjerit bila di kacau oleh kakak2nya. Sekrg nie umur Hannah dah 1 thn 10 bln. Dia dh mula b'ckp mama, ayah, kak (kakak), bik (bibik), kit (sakit), dap (sedap) tapi hujung2 perkataan laaaa... Bersyukur yang amat padaNYA.

MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSANKU INI… amin.

Keutamaan Tempat Solat Berjemaah.



Tazkirah oleh Ustaz Rusdi Saad di Masjid Al-Jawahir selepas solat Magrib pada 23/06/2010. Tajuknya keutamaan solat di tempat yg byk jemaah berbanding di tempat yg sikit jemaah. Berikut antara ilmu yg diperolehi drpd tazkirah tersebut untuk dikongsi b'sama.

Afdol di tempat yang banyak jemaah KECUALI di tempat yang..
1-Imamnya ahli bid'ah-yakni melakukan parkara yg tiada nas syarie (xde dalil quran,hadis dan sepakat ulamak)
2-Imam berfahaman syiah atau aliran2 yg salah iktiqad - haram ikut.
3-Imam fasiq,termasuk yang jenis munafiq..
4-Masjid yang banyak jemaah tapi bangunan masjid di buat dengan hasil yg haram... makruh solat di situ..
5-Imam masjid jahil tentang rukun,wajib,sunat n prkara berkaitan solat jemaah... terutama bacaan lintang pukang...
6-Seorang yang datang ke tempat yg ciket jemaah maka dengan sebab hadirnya org ramai tertarik utk jemaah di situ, maka afdol ke tempat tu walaupun asalnya jemaah ciket.
7-Masjid yang di dendangkan bacaan ayat quran lebih banyak berbanding masjid yg hanya baca ayat2 pendek dalam solat jahar...

Yang baik datangnya dari Allah SWT n segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri.
Wallahu a'lam...

Tuesday, June 22, 2010

Syurga di bawah telapak kaki IBU


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

C&P from nda1903 blogger.