Buat pertama kalinya aku mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 15 Juz di rumah guru mengajiku di Jalan Penyiaran, Taman Universiti. Majlis bermula jam 5pm dan hanya dihadiri oleh anak2 murid guru mengajiku sahaja. Alhamdulillah... akhirnya dapat juga membaca ayat2 suci Al-Quran nie dlm masa 2 tahun. Lama kannnn??? Nak buat camnerr... berbagai2 dugaan dan cabaran harus aku lalui untuk sampai ke tahap nie.
Alhamdulillah, dengan izinNya sampailah aku ke tahap nie. Aku berazam untuk terus mengaji hingga ke Juz 30 dan sekaligus m'jadikan Al-Quran ini sebagai teman ku di dunia, sahabatku di alam kubur dan juga pemberi syafaatku nanti di alam akhirat. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Moga niat baikku ini dimakbulkan. Aminnn...
Gambar2 sekitar majlis tersebut;
Doa khatam Al-Quran;
--------------------
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian org2 yg b'syukur dan kesudahan yg baik ialah bg org2 yg b'taqwa. Selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas Rasul kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabat2nya sekalian.
Ya Allah, terimalah drpd kami, sesungguhnya Engakau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan berilah taubat kpd kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang. Tunjuki dan bimbinglah kami kpd kebenaran dan kpd jln yg lurus dgn berkat Al-Quran yg mulia.
Ya Allah, kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran, dan jadikanlah Al-Quran itu bg kami sebagai Imam, sebagai Nur, Hidayat dan Rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yg kami lupa dari Al-Quran, ajari kami apa yg kami tdk tahu tentang Al-Quran, berikan kdp kami kemudahan utk membacanya pd waktu siang dan malam, jadikan Quran itu bagi kami sebagai hujah wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiasilah diri ikami dgn keindahan Al-Quran, muliakan kami dgn kemuliaan Al-Quran, serikan kami dgn ketinggian martabat Al-Quran, pakaikan kami dgn pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dlm syurga dgn Syafa'at Al-Quran, selamatkan kami dari segala malapetaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan Al-Quran.
Ya Allah, jadikanlah Al-Quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai kawan yg mesra, di hari Kiamat nanti diberi Syafaat, di atas Siratal Mustakim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke Syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang dan jadikanlah Al-Quran kpd kami sebagai panduan dan ikutan kpd segala kebaikan dgn kurniaMu, kepemurahanMu dan kemuliaanMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, tunjukilah dgn hidayat Al-Quran, selamatkan kami dari api neraka dgn kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat kami dgn fadilat (kelebihan) Al-Quran, hapuskan segala kesalahan kami dgn sebb membaca Al-Quran, wahai Tuhan yg mempunyai segala mcm kelebihan dan ihsan. Tuhan kami berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat2nya. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yg mempunyai keagungan dari apa yg mereka sifatkan (tuduhan org yg tdk b'iman), salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji t'tentu bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Amin Yaarabbal alaminnn....
No comments:
Post a Comment