Pada 26/08/2009 suami tercinta telah menyahut panggilan Allah untuk datang beribadah ke tanah suciNya di Mekah dan Madinah. Dah 9 hari dia di sana. Tinggal lah aku bersama anak2 menyambut Ramadhan ini. Aku sentiasa doakan semoga suamiku diberikan keselamatan dan kesihatan sepanjang dia mengerjakan umrah dan beribadah di sana.
Ini adalah foto dia yang aku ambil dari website Ustaz Amin. Terima kasih banyak2 kepada ustaz di atas posting gambar ini dan juga cerita2 drpd hari pertama perjalanan kesana sehingga ke hari ini. Gambar ini juga menjadi pengubat rindu aku pada suami tercinta Mej(R) Hj Abdul Aziz Bin Wan Mohamad.
Ramadhan tahun ini telah mendewasakan aku dan juga telah mengejutkan aku daripada lalai akan tanggungjawab aku sebagai makhlukNya di muka bumi ini. Dalam usia aku sekarang ini, barulah aku kenal sebenar2nya erti Ramadhan.
Ramadhan bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Ia juga menahan segala anggota badan kita drpd melakukan perkara2 yang tidak baik. Berpuasa itu sendiri adalah arahan secara langsung daripada Allah Ta'ala kepada umat2Nya. Bulan Ramadahan adalah bulan keampuanan yang Allah berikan kepada umat2Nya. Keampunan ini adalah berdasarkan amalan yang kita lakukan disepanjang bulan ini.
Setiap hari aku berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 yang telah aku lakukan sama ada aku sedari ataupun tidak, dikuatkan keimanan dan ketaqwaan aku terhadapNya, dimurahkan rezeki yang halal, diberikan kesihatan untuk aku sentiasa beribadah kepadaNya, dipanjangkan umur agar aku dapat berbuat amal sebanyak2nya dan juga merahmati hidup aku sekeluarga. Aminnnnn....
Banyakkan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan bersekekah di bulan yang mulia ini. Berzikir adalah amalan yang sangat2 ringan dan sangat2 besar ganjarannya TAPI sangat2 sukar dilakukan. Zikir lah sebyk2nya dan zikir itulah yang akan membantu kita di akhirat kelak.
Moga kita sama2 mendapat keampunan dan rahmat dibulan yang penuh barokah ini. Aminnnn....
2 comments:
rindu nye kat tanah suci..
aku pun rindu gakkk... selalu sms hubby supaya doakan itu n doakan ini. insyaallah... diizinkan Allah, kita akan gie lagikkk....
Post a Comment