Memperingati peristiwa pada 27 Rejab...
Malam tadi, aku telah mengikuti satu ceramah pasal Israk Mikraj di Surau An-Nur, Presint Jasa, Taman Mutiara Rini, Skudai. Ceramah bermula pukul 9.00 dan tamat pukul 10.45 malam. Walaupun penat siang hari tak abis lagi, aku tetap gagahkan diri ini untuk menghadirinya bagi menambahkan ilmu dan pengetahuan yang sedia ada.
Aku selalu mengingatkan diri aku bahawa “Manusia nie selalu lupa dan lalai dengan kehidupan di dunia ini sehingga lupa akan alam yang kekal itu iaitu Alam Akhirat”. Dengan cara aku selalu menghadiri kelas2 agama, ianya secara tak langsung mengingatkan diri aku tentang tanggungjawab aku pada keluarga, pahala dan dosa, amalan tuk akhirat dan sebagainya.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Ini adalah ilmu yang dapat ku kutip daripada ceramah tadi malam. Semoga ianya dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita semua pada Allah Taala. Yang baik itu daripadaNya dan yang kurang itu semuanya dari diriku sendiri dan aku mohon maaf jika terdapat salah dan silap dengan penerangan aku ini.
Israk bermaksud perjalanan pada waktu malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram , Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin. Kalo diikutkan logik, perjalanan ini mengambil masa selama sebulan kalo naik unta. Oleh itu, kita kena percaya dan beriman pada cerita ini dan jika ingkar dan tidak percaya, blh jadi kafir. Terdapat 3 perkara yg membuatkan kita jadi kafir serta membatalkan iman kita kpd Allah Ta’ala iaitu 1. Melalui perbuatan, 2. Melalui percakapan, 3. Dalam hati (keraguan).
Mikraj pula bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke alam yang tinggi hingga ke langit ke 7. Disini, Nabi Muhammad SAW dipertemukan dengan Allah Ta’ala, diperintahkan solat 5 waktu dan juga diperlihatkan tanda2 kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala.
Kesimpulannya, Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad SAW pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana ala mini di atur) dengan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama.
No comments:
Post a Comment