Monday, March 23, 2009

Blueberry Cake


Semalam boring tak tau aper nk buat.... So teringat pulak nak cuba buat blueberry cake. Nie amek resipi dari forum.com iaitu resipi 1mas2ra. Terima kasih bebyk kerana sudi berkongsi resipi. Moga dimurahi rezki olehNya.... AMIN.


Nie pinjam gambo mas...
BLUEBERRY CAKE

Bahan2
250gm butter
350gm caster sugar
6 telur
2tsp vanilla esen
1 tub sour cream/yoghurt (tub leper) - iza tak guna punnn....

460gm tepung ) ayak
2 1/2 tsp baking powder )

1 tin blueberry

Topping
60gm butter lembut
80gm brown sugar
10gm cinnamon powder - next time tk nk letak coz bdk2 tk suka bau nieee...

Cara2
1. Pukul butter dgn gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan esen vanilla dan sour cream.
3. Gaul dgn senduk tepung hingga bercampur.
4. Masukkan dalam bekas 9” yang berlapik dan bergris. Tuang adunan ke dalam bekas.
5. Tuangkan blueberry ke atas adunan.
6. Gaulkan topping dan campak ke atas blueberry tadi.
7. Bakar 170C lebih kurang 1 jam-1 jam 10minit.
8. Jika nampak gelap bahagian atas, selepas 40 minit tutup atas dgn foil.
9. Angkat dan biar sejuk.

note : iza buat 1/2 adunan ajerrr.... 50min jer dh masak.




No comments: