Tuesday, April 28, 2009

Kelas Puding

Puding class telah diadakan pada 26/04/2009 di Azie Cakes n Cookies, Taman Tampoi Indah 2. Kelas bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 2 ptg. Seramai 5 org termasuk aku yg menghadiri kelas membuat puding. This is first time i attended puding class. Ok gakkkk.... belajar benda2 baru nie..

1. Puding Sembilu Kasih




2. Puding Bangkok Serikaya



Puding2 nie sgt sesuai untuk dibuat hantaran perkahwinan atau pertunangan. Kalo nk wat mkn2 kt rumah pun blh gakkkk.... :) Kat sini aku tk tepek resipi sebab aku sendiri lom cuba lagi membuatnya di rumah. Kalo dh cuba buat sendiri, nanti aku tepek resipi kt sini. Sabo ya kawan2...




















Tikar Klasah

Tikar klasah memang popular di Sarawak. Tak sah kalau berkunjung ke Kuching tapi tidak beli tikar ini. Terdapat berjenis-jenis corak pada tikar ini. Memang cantik n sesiapa yg melihatnya pasti tertarik n terus ajer beli... heheheheee....

Tikar ini terdapat 2 jenis.
1. Tikar Klasah
2. Tikar Segak Mas



Antara koleksi tikar yg ada di kedai ini. Kedai ini juga membuat penghantaran ke Semenanjung dengan caj RM10 per/kg.




Ini adalah tikar kayu. Ada 2 jenis jugak.
1. Tikar Borneo
2. Tikar Palembang
Mengikut kata penjual tikar nie, tikar palembang adalah lebih baik n berkualiti compare ngan tikar borneo. Harga pun lebih mahal sedikit. Warna pada tikar palembang lebih tahan lama dan warna pada tikar borneo cepat pudar.




Ikan Terubuk Masin

Ikan Terubuk Masin @ Salted Terubuk Fish sangat popular di Kuching, Sarawak. Ianya boleh di dapati di Pasar Satok. Pelancong yg datang ke Kuching, tidak akan melepaskan peluang untuk membawa balik Ikan Terubuk Masin ini. Kiranya .... cam buah tangan yg wajib untuk dibawa pulang.

Ikan terubuk yg segar akan dimasinkan dengan meletakkan garam pada ikan tersebut. Ini membolehkan ikan ini lebih tahan lama. Ikan masin ini tidak kering seperti ikan2 kering yg lain. Ia kelihatan basah dan sesiapa yg melihatnya pasti tidak sabar untuk menikmatinya.... Apabila sampai di rumah, mengikut kata penjual ikan, ikan terubuk hendaklah dibasuh dan disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Terdapat 2 jenis ikan terubuk ini.
1. Datangnya dari perairan Sarawak
2. Datangnya dari perairan negara lain seperti Thailand or Indonesia.

Tak tau la fakta ini betul or tidak. Pengikut kata penjual tu, ikan terubuk dari perairan Sawarak adalah lebih besar saiznya dan sisik ikan pun besar. Manakala ikan terubuk dari perairan negara lain, ikannya lebih kecil saiznya. Kalau di pasar, pasti blh lihat perbezaan ikan2 ini dan harganya juga berbeza2.

Ikan terubuk masin nie boleh digoreng garing dan dimakan bersama2 ngan nasi panas. Selain tu.... boleh juga di masak asam pedas, lemak cili padi n macam2 laaaa... Adoiii... kan dah kecur nieee... :)










Kalau ikan terubuk masin ini hendak di bawa balik or naik kapal terbang, penjual akan kotakkan ikan ini dengan sempurna supaya tidak berbau dan berair.

Monday, April 27, 2009

Orkid Oh Orkid...



25-04/2009 aku gie ke ladang orkid kawan aku di Jalan Air Itam/Kluang. Leh jadi giler bila tgk orkid2 nie... Aku pulak memang suka bunga. Tapiii... kalo pokok tu tk nk berbunga, mula la aku rasa nk buang ajerrr... Sabo ajer laaa...

Orkid nie tak susah gak nak tanamnya... Janji dibaja dan disiram setiap hari dah kira ok. Baja takleh lebih, takut dia paksa pembesaran pulak... Bila paksa pembesaran, daun2 yang keluar tidak akan sekata dan bunga yg keluar pun tk nampak kemas.












Anak2 orkid...


Anak2 orkid ditanam di atas tanah.


Jenis Orkid Exotik... penjagaan sgt cerewet. Air tak leh lebih tapi kena siram kerap.













Terung Tetek

Mula2 nampak macam mainan. Pastu aku tanya, aper tuuu??? Pakcik tu kata, "Nie la terung tetek". Nama nyer cam lucah... Aku cam segan pulakkk... Tapi sebelah pakcik tu ada makcik. So, aku pun bertanya lanjut pasal terung tetek nie....

Terung tetek ni cam pokok herba gakkk... Leh buat ubat. Menurut pakcik tuuu... terung tetek nie blh membantu dlm mengubati penyakit barah tetek (breast cancer). Tapi ada cara nyerrr.... Cara yg betul, pakcik tu tk pasti pulakkkk...

Pokok nyer rendang ajerr... memg nampak cute ajerr... Daun nya ada byk duri2. Takut pulak nk selak n cari buah nya itu. Dh la gelap tempat tuuu... Kebetulan aku bawak camera, so snap ajer laaa...









Wednesday, April 22, 2009

Birthday Adik Izwan

12/04/2009 birthday anak saudaraku yg ke 3 thn. Cuma wat mkn2 ajer. Kebetulan aku blk kg, aku gie la umah adik lelaki aku. Nie birthday anak dia yg no.3 (bongsu). Hapie birthday adik wan.... Moga adik wan jadi anak yg baik dan pandai.

Adik Izwan yg belakang tuuu... Aku yg nk amik gambo dia, anak2 aku pulak yg sibukkk. Adik Izwan nie pemalu. Nak amik gambo dia, dia pulak yg lari...



Yg kiri sekali tu, kakak kpd adik Izwan, kak Wana, kak Alia, kak Uyeen n adik Nana...

Lepas makan... apa lagikkkk... mandi laaaa...

Saturday, April 18, 2009

Kek Pisang


KEK PISANG

Bahan-bahan:
250g minyak
2 cawan gula icing
4 biji telur
2 @ 3 cawan pisang yg dilenyek
2 cawan tepung naik sendiri }
1 tsp soda bikarbonat } disatukan dan ayak
1 tsp baking powder }
1 tsp ovalet
1 tsp vanilla

Cara membuatnya:
1. Pukul minyak dan gula icing. Masukkan telur satu persatu hingga habis.
2. Masukkan esen vanilla, pisang dan ovalet. Kacau perlahan2.
3. Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau menggunakan tangan sahaja. Bakar selama 45minit, 160 darjah celcius.
4. Adunan kek ini memang cair dan setelah dibakar, kek ini memang lembap (tdk kering).

Kek Gula Hangus



KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:
1 cawan gula
¾ cawan air panas
1 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder } disatukan dan diayak
1 tsp soda bikarbonat }
1 cawan susu pekat
100ml minyak
4 biji telur
1 tsp ovalet


Cara membuatnya:
1. Gula dimasukkan ke dlm kuali dan dikacau sehingga cair dan bewarna kekuning2an (spt gula hangus). Kemudian tutup api dan masukkan air panas sedikit demi sedikit ke dlm kuali tadi.
2. Di dlm bekas yg lain, kacau susu pekat dan minyak sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Kacau rata dan masukkan ovalet.
3. Masukkan tepung, baking powder dan soda bikatbonat sedikit demi sedikit ke dlm adunan no. 2 tadi. Kacau rata.
4. Setelah rata, masukkan gula hangus tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.
5. Tutup adunan tadi, biarkan selama 2 -3 jam untuk mendapatkn sarang yg cantik. Kemudian bakar adunan tadi selama 45minit, 160 darjah celcius.

Tuesday, April 14, 2009

Doa Buat Abah...

Ya Allah
Berikankan aku dan keluargaku kekuatan,
Tabahkanlah hati kami menerima ketentuanMu..

Ya Allah
Ampunkanlah segala dosa-dosa abah aku,
Kau bersihkan dia dgn segala penderitaan yang ditanggungnya selama ini...
Muliakan sebutan namanya disisiMu..
Lapangkan dan terangkanlah kubur persemadiannya..
Jauhkan dia dari azab kubur..

Kasihanilah dia Ya Allah..Kasihanilah dia Ya Allah
Dia adalah hambaNya yg patuh dgn segala perintahMu..
Dia seorang abah yg baik dan bertanggungjawab…
Dia abah yg amat sempurna.. bekerja tanpa henti untuk membesarkn anak2nya 14 org, mendidik kami mengikut tuntutanMu dan membesarkan kami dgn penuh kasih sayang...

Ya Rahim...
Cucurilah rahmatMu ke atas roh abah aku...
Dan tempatkanlah dia di kalangan hamba-hambaMu yg soleh..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Satukanlah kami, satukan kami dgn Abah kami di Akhirat, sebagaimana Engkau satukan kami di duniaMu ini......
Dan Engkau angkatkan kepada kami darjat yang tinggi di dalam Syurga FirdausiMu.....

Aminnnnnnnnn Ya Rabbal alamin...

Al-FATIHAH

Friday, April 10, 2009

Al-Fatiha...

Lama dh tk update blog... Rindu pulak kt blog aku nieee....
Sebenonyerrr.... aku masih bersedih di atas pemergian ayahanda tercinta Hj. Ali Bin Hj. Arshad.

SesungguhNya kita hanya merancang, namun Allah yg Maha Menentukan... Setelah genap 2 hari abah berada dlm keadaan koma, pada 03 April 2009 bersamaan 07 RabiulAkhir 1430H, pukul 3.40pm, hari Jumaat, abah aku yg dikasihi Hj Ali Bin Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah.

Disaat abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, hanya mak sahaja yang ada di sampingnya. Kebetulan adik beradik yg lain selepas solat Jumaat, semuanya dtg ke rumah aku untuk menikmati makan tengahari dan berehat setelah penat berjalan jauh dari KL ke Johor Bahru dan juga selama 2 hari menemani abah. Dia pergi membawa segala kesakitan dan penderitaan yg ditanggungnya selama 2 hari dlm keadaan koma. Sesungguhnya aku dan keluarga redha dgn ketentuan Allah ini. Walaupun pahit untuk diterima, namun aku pasti Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..

Pada 01/04/2009, hari Rabu, jam 5.45pm abah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana terdapat darah beku di otak dan juga tekanan jantung yg rendah. Doktor cuba sedaya upaya menyelamatkn abah.... tapi Allah lebih sayangkn abah. Aku terima dengan hati yg tenang. Abah pergi meninggalkan kami semua dlm usia 78 thn.

Pada 01/04/2009 jam 1.30pm abah tiba2 pengsan selepas mkn t/hari di rumah Pontian bersama mak. Abah tidak sedarkan diri selama 2 hari. Aku sgt sedih kerana tidk dpt bercakap ngan abah. Sepjg masa aku dtg meliht abah. Kesian aku meliht keadaan nya. Pam jantung nya tidk stabil. Sekejap tinggi, dan sekejap rendah. Kami adik beradik mula bimbg keadaan abah. Adik beradik sumer nyer berkumpul. Aku ada 14 org adik beradik. Cuma abg aku di Qatar shj tdk dpt balik kena isteri nya baru bersalin. Aku sedekh kn Surat Al-Fatiha utk abah dan berdoa agar tiada perkara2 buruk yg berlaku ke atas abah. Sesekali aku bacakn Surah Yasin tuk abah. Tapi Allah lebih sayangkn abah. Abah pergi buat selama-lamanya.

Selama 32 thn aku hidup ngan abah. Banyak kenangan manis bersama abah. Aku selalu blk kg melawat abah. Kali terakhir aku berjumpa ngan abah pada 29/03/2009 di rumah aku. Abah nampak sihat dan tiada sebrg tanda2 yg dia akan meninggalkn kami semua.

Semuga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan kami semua mendokan abah berbahagia di alam yg kekal itu. Al-Fatihaaa....

Gambar2 terakhir abah semasa majlis pernikahan adik pada 07/03/2009. Selepas 28 hari majlis, abah pergi mengadap Ilahi...